Homestay Di Negeri Kelantan
Hanya RM250 Sehari

nametag

nametag

banner

banner

namecard

namecard

button badge

button badge

kad kahwin

kad kahwin
Ikuti Facebook dan Instagram Kami!

Facebook | Instagram

Selasa, 15 November 2016

HOMESTAY PALING SELESA DI KOTA BHARU MELOR KETEREH PASIR PUTEH KOK LANAS KELANTAN



Teratak Sufi Homestay !!!

KEMUDAHAN !!! -
Bilik Utama berhawa dingin - 4 Bilik Tidur / 3 Tandas - Ruang Keluarga berhawa dingin - Ruang Tamu - Coway - TV / Astro - Pelbagai lagi kemudahan untuk keselesaan anda yang tidak dinyatakan !

Boleh Rujuk di www.terataksufihomestay.blogspot.com

Ruang parking yang luas, boleh memuatkan 5 kenderaan keatas dalam satu masa.

Untuk lokasi boleh ke google maps = "teratak sufi homestay" atau klik Lokasi Kami 

Hanya 1KM ke Pekan Melor
Hanya 5KM ke Ketereh
Hanya 23KM Ke Kota Bharu / Kubang Kerian / Pasir Puteh / Bachok / Wakaf Che Yeh

HARGA HANYA RM250 SAHAJA ... MAKIN LAMA ANDA MENGINAP , MAKIN MURAH HARGA KAMI TAWARKAN !

HUBUNGI 0199804024 / 013 9333967 UNTUK TEMPAHAN!










Artikel ini ialah bagi yang mencari mengenai homestay murah kota bharu, homestay murah kelantan, homestay murah pasir puteh, homestay murah melor, homestay murah ketereh, homestay murah malaysia, homestay murah kubang kerian, homestay murah wakaf che yeh, homestay kota bharu,homestay pasir puteh , teratak sufi, teratak, teratak sufi homestay , teratak homestay, homestay pasir puteh malaysia, homestay pasir puteh kelantan, homestay kota bharu kelantan

Tempat Makan Yang BEST di Kelantan

Selalunya bila bercakap pasal trip ‘jalan-jalan cari makan’ pastinya kita akan terpikir pasal Penang yang memang masyur dengan pelbagai makanan yang best-best. Namun, aku kekadang terpikir, selain Penang takde ke yang lagi masyur ke kat Malaysia ni? Gittuuuu!
Dan disebabkan kebanjiran awe-awe, kakok-kakok dari Kelantan dan Siam yang membuka kedai Nasi Kukus di Kuala Lumpur, membuatkan aku terpikir, mesti kalau pergi sana, makanan dorang lagi meriah dari tempat lain kan?
Dan mujurlah AirAsia buat SALE, RM39 sahaja one-way dan bila balik aku ambil Malindo Air, RM60. Sabtu dan Ahad sahaja. Jimat cuti. Cost untuk penerbangan hanya RM99 sahaja. Namun, highlight of this trip ialah, aku dapat berjalan dengan ibu kesayangan saya, Kak Pah. Yay! Die adalah insan paling bahagia sebab die paling suke Kelantan. Her favorite destination :)
Took the first flight with AirAsia around 6.25am and sampai Sultan Ismail Petra Airport, Kota Bharu pada pukul 7.25am. Keluar airport terus cari Hawk Car Rental. Okay, ni bagitahu, untuk mereka yang tak punya sedara mara kat Kota Bharu. Jangan risau, korang book je kereta kat sini and harga paling murah ialah RM90, Viva. Harus book awal. Jangan nak backpacking sangat kat Kelantan tu. Kalau lambat, cepat habis okay.
KelantanDSC02739-0441
Contact : +60 13-792 9025
Jika dah rezeki, jangan ditolak. Book Viva dapatnya Proton. Minyak full. So kalau return minyak pun kene full jugak ye. Bukak pintu, campak bag terus. Yang penting kereta luas camni untuk 2 orang. Memang selesa. Rejeki Cik Pora dan ibunyaaaa…
IMG_20160423_075509Syukur ke hadrat Ilahi
IMG_20160423_081145FULL Tank
Jadi, dimanakah destinasi kita untuk trip ‘Jale-jale cari make’ di Kelantan? Jom kita tengok apa yang menarik?
1. Kopitiam Kita
Kedai ni terletak tak jauh dari airport. On the way ke Pusat Bandar, memang korang boleh singgah sini. Parking kereta. And masuk kedai. Orang memang ramai. Namun, yang menarik perhatian aku ialah bermacam jenis juadah sarapan yang sangat meriah. Sumpah, macam-macam jenis nasi aku tak pernah jumpa, boleh jumpa kat sini. Memang heaven!
Amik Nasi Kerabu, Nasi Berlauk Ikan Tongkol dan menu wajib kene ambil – Roti Titab. Okay yang ni, korang try rasa okay, at least sekali seumur hidup, gituuu. Sebab kaya die tak manis. Sesedap rasa sahaja. And menu lain tu pon semua best. Cuma, perut tak cukup besar nak rasa semua. No worries, next time kan ada. Time kitaorang makan, waiter kat situ bgtau yang Mukhriz Mahathir ada makan di table sebelah sana. Apa lagi, snap sekeping dan kemudian bergerak menuju ke Pasar Siti Khadijah pulak.
IMG_20160423_081934Sampai jugak akhirnya di sini
IMG_20160423_082127Kepelbagaian nasi-nasi di Kota Bharu
IMG_20160423_082142Tiada istilah bangun lambat jika Kopitiam Kita ada di Sungai Gadut
IMG_20160423_082146Ha nampak tu, tinggal nak ambil saja kan?
IMG_20160423_082206Tak sempat rasa Nasi Lauk Air Dingin ni :(
IMG_20160423_083013Roti Titab pojaan Sapora
IMG_20160423_084430Cara nak order, selain dari nasi, tulis sahaja kuantiti yang diinginkan
Alamat : Taman Desa Jaya, 4357-A, Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Waktu Operasi : 7pagi until 1ptg
2. Restoran Cikgu Nasi Ulam
Kalau inginkan makan tengahari yang meriah dengan ulam-ulaman & pelbagai jenis sambal belacan budu segala, inilah tempat yang paling best. Self-service restaurant, FREE flow of ulam, budu and air. Aku dan ibu ambil nasi, ikan bakar,gulai asam rebus, ulam, sambal belacan, air kosong. Harga untuk 2 orang makan, hanya RM12 sahaja. Murah gile tau. Dah lah sedap giler. Memang berbaloi betul. Lepas bayar, amik gambar sikit kat area muzium and terus ke hotel untuk check in. Kalau dah kenyang, dapat pulak aircond, apa lagi, tido lahhhh
KelantanDSC02747-0521Kosong lagi time kami sampai
KelantanDSC02748-0531Selamat tengahari CIKGU!
KelantanDSC02750-0551Ulam galore
KelantanDSC02752-0571Dan lagi…
KelantanDSC02753-0581Dan lagiii…. Memang heaven
KelantanDSC02754-0591Aneka pilihan – Ayam atau ikan, terpulanglah
KelantanDSC02755-0601Budu dah siap, jom kita pilih kerabu pulak
KelantanDSC02756-0611Kerabu gaul sendiri tau, hado? Memang letops sedapnya
KelantanDSC02757-0621Sistem layan diri yang sangat mewah
KelantanDSC02758-0631Oh ikan rebus bakar, fresh. So 2 ekor aku makan
KelantanDSC02759-0641Ku panggil ikan keli rangup.. Krup krap krup krap
KelantanDSC02760-0651Dan hasilnyaa – Gulai Singgang, Ikan Rebus Bakar, Kebaru Mangga, Ulam, Kuah Lemak, Nasi, Air Suam
KelantanDSC02761-06612 orang makan = RM12
KelantanDSC02767-0721Bye muzium, ketemu lagi Insyallah
Alamat : Kampung Kraftangan, Jalan Hilir Kota, 15300, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Waktu Operasi : Dibuka setiap hari kecuali Jumaat (11pagi – 5petang)
3. Abah, Umi & Abe Nasi Ayam
Kedai Abah, Umie dan Abe ni memang sangat popular dengan Nasi Ayam yang sangat sedap. Namun, bukan rezeki aku untuk merasa nasi ayam tu sebab time aku sampai, memang dah habis and kedai pun nak tutup dah.
Kedai ini diusahakan oleh sepasang suami isteri dan anak mereka. Waktu operasi dari pukul 11-4.15pm. Banyak menu yang disediakan. Rambang mata tau! Since perut pun masih kenyang, aku pilih ABC, Teh Beng Kaw Special (ice cream) dan bihun sup. Weh memang berbaloi tau. Semua sedap. Bihun sup paling best. Sampai sekarang aku rasa, takkan ada bihun sup yang boleh lawan bihun Abah ni. Torbaik!
KelantanDSC02787-0921Restoran layan diri
KelantanDSC02788-0931Order di kaunter
KelantanDSC02789-0941Mungkin kat atas tu rumah owner
KelantanDSC02790-0951Tak banyak seat tapi sentiasa cukup
KelantanDSC02791-0961Yang masih beratur
KelantanDSC02792-0971Nak take away, beratur tepi
KelantanDSC02793-0981Sementara menanti makanan dan minuman kami sampai 
KelantanDSC02796-1011Mee hoon sup. Memang terbaik walaupun portion sikit -RM4.50
KelantanDSC02798-1031Highlight of the trip – ABC dan Teh Beng Special (ICE CREAMMMMMM)
KelantanDSC02799-1041Nikmat dunia terindah – RM4 je tak silap. 
KelantanDSC02803-1081Apa lagi yang kau maukan? Gituuuu!
KelantanDSC02809-1141Bergambar kenangan, inilah dia Abah, Ummi dan Abe. Semoga mereka dipanjangkan umur untuk sentiasa menyajikan sajian yang bersih dan sedap. Amin
KelantanDSC02810-1151Buat yang nak datang, ini khas untuk anda.
KelantanDSC02811-1161And please take note jugak waktu urusniaga mereka
4. Maggi Tiram
Kedai ini adalah kedai trending yang diseru-seru di dalam Facebook. Buat peminat seafood, this is your heaven. Memang semangkok laaa korang makan sampai kenyang. Ianya terletak di sempadan Bachok. Hanya 45 minit drive dari Pusat Bandar. Tapi jalan die memang jalan yang busy, tiada istilah jalan sunyi pon. So gigihlah jugak aku untuk drive berdua je.
Sampai di sini, aku tak tahu nak order apa sebab perut masih kenyang lagi. Dengan misi untuk mencoba, kami pun order Maggi Tiram, Puding Kelapa dan air kosong. Fuh lega sekali dapat puding kelapa dalam cuaca yang agak panas. Kalau kau tanya aku, apa rasa Maggi die, aku rasa okay je. Sebab aku tak makan banyak pon. Takut alergik. So, kalau tanya ibu aku, die cakap biasa-biasa je. Yang special mungkin pada seafood yang fresh. Untuk yang nak try, korang boleh datang kat sini okay :
KelantanDSC02812-1171Kalau nak cari, boleh datang sini
KelantanDSC02814-1191Ikut saja signboard
KelantanDSC02815-1201Dan ini jugak
KelantanDSC02816-1211Tadaaaaaa
KelantanDSC02817-1221Parking belakang
KelantanDSC02818-1231Pepohon kelapak menghiasi parking lot
KelantanDSC02821-1261Akhirnya kami tiba juga
KelantanDSC02823-1281Menu untuk tatapan anda
KelantanDSC02831-1351Peminat coconut, ini untuk anda
KelantanDSC02832-1361Hari Isnin coti
KelantanDSC02834-1381First time aku dapat tengok tiram #cikpong
KelantanDSC02838-1421Tadaaaa, semangkok Maggi Tiram
5. Suriani Nasi Kukus
Reserved Nasi Kukus for my last day in Kota Bharu. Time kami sampai, Nasi Kukus tengah masak lagi. So, kami anak beranak duk layan minum air kelapa bawah khemah. Memang lazat. Fefeling duduk atas hammock walaopun… Bila periuk nasi kukus sudah kelihatan di kaunter, beratur la pembeli. Apa yang aku perhatikan, ada 2 tempat beratur. Masing-masing pandai je beratur, 1 line lelaki, 1 line perempuan.
Siap sahaja nasi, aku terus mulakan misi beratur. Service memang pantas sekali. Pilih je lauk yang terhidang di kaunter dan siap dibungkus. Tiada pinggan-pinggan. Either makan situ or tapaw, semuanya dorang akan bungkus. Tunggu mahu makan sahaja.
To be honest, aku bukanlah peminat Nasi Kukus tapi dengan Suriani Nasi Kukus ni semuanya macam lengkap. Dari segi rasa, memang tip top. Rempah semua cukup. Cuma next time, kalau datang, aku tapau je and makan kat dalam hotel. Panas uols! Apa-apa pun semuanya best.
KelantanDSC02889-1931Untuk yang nak datang, korang boleh look for signboard ini
KelantanDSC02890-1941Semuanya layan diri, memang itu yang aku perhatikan di kebanyakkan kedai di Kelantan
KelantanDSC02891-1951Okay bang! Saya gegirl, saya akan beratur di barisan wanita.
KelantanDSC02892-1961Ada T-shirt crew tau, inilah bukti betapa mereka serious menjalankan perniagaan
KelantanDSC02893-1971Siapa yang nak buat tempahan, call sajok. Tapi make sure korang kat Kota Bharu la. Kalau kat Sg Gadut, jangan mengada, duk diam-diam.
KelantanDSC02896-2001Yeah nasi dah masak, gigih jadi orang terawal
KelantanDSC02902-2061Nasi yang dikukus
KelantanDSC02900-2041Lauk buat santapan
KelantanDSC02903-2071Untuk air kelapa dan Nasi Kukus – RM9
KelantanDSC02904-2081Lihatlah donia, betapa mewahnyaaaaaaa makanan tengahari ini
6. BY-T Laksam Special
Last minute discovery katanya. Since tak tahu nak ke mana sementara duk tunggu flight balik malam tu, aku pun try Google apa yang best untuk makan petang. Dan itu membawa aku ke kedai makan yang buka pada jam 3petang. Lokasinya terletak di sekitar kedai Maggi Ketam semalam. Kalau tak sure, Google Maps sajok. Mudah!
Bila kami sampai sana, memang tak ramai lagi. Maybe baru bukak. So, pantas order 1 mangkuk laksam special pada harga RM4.50. Menangis ye Cik Pora bile dapat tahu harga murah camni. Mana nak dapat dah harga gini kat kota metropolitan Kuala Lumpur? Hanya di Kelantan, masih ada harga gini. Ambo suko bangat!
Apa yang SPECIAL pasal By-T laksam sampai gigih carik jugak kedai die? Mana tak specialnya kalau first time in Malaysia, ade laksam yang dihidang sekali dengan serunding dan juga telur puyuh. Fuh, bila baca pun dah terliuq, inikan pulak bila dapat jamah depan mata. Heavens on earth betul.
Dengan harga yang sangat berbaloi ni, memang aku rasa korang patut try makan laksam kat sini. Sedap giler. Sumpah suka. Walaupun kedai die tak ramai yang tahu especially di kalangan orang Kelantan, namun, aku sarankan kornag try makan sini. Murah dan sangat sedap. Kalau jenis tak makan laksam, don’t worry korang boleh makan laksa. Cuma rasa die tak boleh lawan laksa fevret aku. Apa-apa pun, kalau nak lepak minum petang segala, kedai ini juga turut menyajikan anek kuih-muih yang memang sedap. Semacam kembali kepada memori zaman kecik-kecik makan kuih sedap dan murah. Hidup dak-dak 90’s.
KelantanDSC02909-2131Hi By-T Laksam
KelantanDSC02908-2121Sukanyaaa kedai macamni, masih mengekalkan style yang asli. Remind me of zaman kanak-kanak di Batu Gajah
KelantanDSC02911-2151Sistem Zon Bungkus atau Zon Makan itu memang bagus. Mudah. Jangan nak tarik-tarik tudung pulak tau.
KelantanDSC02913-2171Sekali lagi anda perlu Layan Diri Sendiri okay. Now I realized, kenapa di sana tak de ramai Endon and Bangladesh
KelantanDSC02919-2231Jom kita intai apa yang diperlukan untuk dijadikan laksam 
KelantanDSC02920-2241Murah kan? Itulah hakikatnya
KelantanDSC02905-2091Yayy for Laksam Special
KelantanDSC02922-2261Nayy for Laksa. My favorite still Ibu’s Laksa
Jam 8pm, kami pun terus bergerak pulang ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu dan get ready untuk pulang ke Kuala Lumpur menaiki Malindo Air. Hanya 15kg baggage for domestic flight. Huntunglah total bag kami ialah 22kg. Nasib baik! Tapi kekadang tertanya, 2 days punya trip, bag pergi 3kg je, balik 22kg? Oh Kelantan, you treat us very well. Bukan sekadar berat bag sahaja yang berkembang, berat badan pun tak pernah mahu kalah.
Okay, sekian sahaja untuk trip ke Kelantan yang dilaporkan oleh Mek Pora dari Bachok. Ahaks! Anyway, if kalau korang betul-betul nak explore and buat trip makan-makan, Kelantan ialah negeri yang best dan kaya dengan kepelbagaian makanan. Kalau dulu time aku darjah 6, makanan banyak yang manis. Namun, setelah aku remaja (gituu), makanan bertambah sedap dan memang best. Sometimes I wonder, adakah Kelantan pelopor kepada kedai-kedai Hipster yang menjadi trend masa kini?
Bukan apa, banyak kedai yang menyediakan makanan yang sedap, unik dan paling best- MURAHHHHH! Tak rugi lah kalau datang sini dan try semua restoran yang ada. Oh Kelantan, #imustrepeat. Baiklah, sebelum aku katup ketat-ketat cerita Kelantan ini, meh layan sikit gambar-gambar yang ada di sekitar Kota Bharu :
KelantanDSC02845-1491                            Di hadapan Bazaar Tok Guru – Sentiasa mengingatkan dengan kiblat yang satu
KelantanDSC02866-1701Grafiti dalam Pasar Siti Khadijah
KelantanDSC02873-1771Warna-warni Pasar Siti Khadijah. Ingat Italy je mampu? Come on ini di Kelantan sahaja
KelantanDSC02874-1781No wonder orang-orang Kelantan pandai berniaga
KelantanDSC02882-1861
Jual beli di sini, ada seorang makcik beritahu, kalau tak bagus, acik bagitahu tak bagus. Jawab jujur. Sebab DI SANA nanti, acik kena jawab kalau-kalau berbohong semasa berniaga. Takpe dik, rezeki Allah bagi. Apa nak takut kalau rugi?
Sekian,
PORA THE EXPLORER

Sumber : CutiKelantan.Com

Perancangan sebelum bercuti di Kelantan Darul Naim


Perancangan yang fleksible dan teliti sebelum bercuti adalah sangat penting. Ia seharusnya dapat membantu mengawal bajet percutian anda agar kewangan terancang dengan baik.  Semua orang dari pelbagai lapisan dan taraf eknonomi boleh bercuti di Kelantan. Apa yang penting anda seharusnya dapat membuat perancangan yang baik, kerana perancangan yang baik itulah dapat menjadikan percutian anda sangat menyeronokkan disamping aktiviti-aktiviti yang dapat dibuat kenang-kenangan. Dalam artikel kali ini, kami mengupas kaedah perancangan anda sebelum bercuti, khususnya di Kelantan.

Bajet

Inilah antara perkara pertama dan paling utama yang mesti anda rancang sebelum bercuti di Kelantan. Bajet tahunan untuk bercuti seharusnya ada dalam setiap keluarga. Dalam bajet untuk bercuti, anda hendaklah mengambil kira bajet asas membabitkan pengangkutan, tol, petrol, penginapan dan makanan. Perlu bijak memilih penginapan sama ada hotel atau homestay. Pemilihan hotel yang bersesuaian dengan harga juga perlu dilakukan. Bagi yang bercuti dengan jumlah keluarga yang ramai kami cadangkan anda memilih homestay kerana lebih menjimatkan. Selain itu, pilihan pengangkutan juga memainkan peranan. Jika datang dengan pengangkutan awam seperti keretapi atau bas, perlu pula merancang jika ingin menyewa kereta di Kelantan.
Anggaran kasar untuk perbelanjaan asas bercuti di Kelantan dengan menaiki kenderaan sendiri selama 3 hari 2 malam bagi 5 orang ahli keluarga yang tinggal di Johor:
  1. Petrol : RM300 (Pergi balik)
  2. Tol : RM42.20 (Pergi balik)
  3. Penginapan : RM200 (2 Malam)
  4. Makan : RM150
  5. Shopping : RM400
Jumlah keseluruhan: RM1092
Contoh di atas mengambil kira keluarga yang bercuti paling jauh dari Kelantan iaitu dari Negeri Johor dengan 2 orang dewasa dan 3 orang kanak-kanak. Jika lokasi anda lebih dekat, lebih murahlah perbelanjaan untuk bercuti. Contoh ini hanyalah anggaran kasar sahaja.

Membeli-belah

Shopping adalah agenda wajib dan menyeronokkan jika datang ke Kelantan. Kenapa? Semestinya kerana terdapat pelbagai pilihan barangan dengan harga yang amat berpatutan dan menjimatkan. Bagi mencapai kepuasan yang optimum ketika membeli belah di sini, anda hendaklah terlebih dahulu mengenalpasti apakah barangan yang ingin dibeli samada pakaian, mainan kanak-kanak, cenderamata atau juga makanan. Membeli-belah di Kelantan secara purata tidak memerlukan anda memakai kad kredit. Shopping menggunakan wang tunai adalah lebih baik. Tidak perlu risau kerana semua kemudahan ATM ada di setiap kawasan.
Selalunya ramai pengunjung yang datang akan shopping sakan disini tanpa mengira barang itu patut dibeli atau tidak. Jangan begitu, ianya hanya menggalakkan pembaziran kerana bukan semua barangan yang patut anda beli disini. Secara sedar atau tidak, anda mungkin terasa semua benda nak beli kerana merasakan harganya murah berbanding tempat lain. Awas! kerana itu akan menyebabkan duit anda melayang tanpa anda sedari. Pastikan anda membeli barangan yang sangat bernilai dan murah sahaja selain tidak didapati ditempat lain. Antara barangan popular yang selalu dibeli dan patut anda beli adalah seperti beras siam, toto, serunding daging, keropok, tudung bawal, kain batik, jersi bola sepak, jeans dan lain-lain lagi. Anda boleh membaca panduan yang telah disediakan di laman web ini untuk shopping di tempat membeli-belah yang popular seperti Wakaf Che Yeh, Pasar Siti Khadijah, Rantau Panjang dan lain-lain lagi.

Aktiviti

Aktiviti yang biasa dilakukan jika bercuti adalah berkunjung ke tempat-tempat bersejarah dan menarik. Pastikan anak anda dapat merasainya juga. Selain itu, tempat peranginan seperti pantai dan air terjun juga menjadi agenda wajib jika datang ke sini. Pastikan pakaian yang dibawa bersesuaian dengan tempat tersebut. Contohnya jika ingin ke air terjun dan sebagainya. Ini bagi mengelakkan duit melayang membeli pakaian di tempat tersebut. Dan yang paling utama sudah tentulah aktiviti membeli belah selain ‘jalan-jalan cari makan’.

Jalan-jalan cari makan

Jalan-jalan cari makan adalah aktiviti paling menyeronokkan bagi kebanyakan pengunjung. Di Kelantan ini, sangat banyak tempat makan dan restoran yang sedap serta popular. Pelbagai jenis masakan dan menu boleh dipilih. Namun begitu, anda dinasihatkan berhati-hati ketika memilih restoran atau kedai makan. Kerana banyak juga kedai yang cekik darah serta layanan yang diberikan sangat mendukacitakan. Di samping itu, waktu untuk singgah menjamu selera perlu juga diambil kira. Jika datang waktu puncak dan terlalu ramai orang, anda mungkin terpaksa menunggu dan bersesak yang boleh membuatkan mood untuk makan bagi sesetengah orang hilang begitu sahaja. Untuk itu, buatlah perancangan awal-awal restoran mana yang akan disinggah dan makanan apa yang hendak dicuba selain dari waktu yang sesuai untuk menjamu selera.

Masa sesuai untuk bercuti di Kelantan

Masa yang sesuai untuk bercuti dan berkunjung ke Kelantan adalah pada cuti sekolah bulan Mac, Jun, serta pada cuti hari raya Cina. Bulan Disember tidak digalakkan datang kerana musim tengkujuh, kawasan Rantau Panjang biasanya akan ditengelami air dan banyak kedai akan tutup. Jika ingin datang juga, pastikan anda memperoleh maklumat dari jabatan kajicuaca atau bilik gerakan banjir. Biasanya cuaca tidak menentu pada pertengahan dan hujung bulan 12. Waktu yang paling padat dan sesak teruk adalah pada cuti hari raya puasa, raya haji, cuti hari raya cina dan pada waktu hujung minggu pada musim cuti sekolah. Pada waktu inilah biasanya keadaan jalanraya di Kelantan sesak. Jumlah pelancong yang ramai ditambah lagi penduduk Kelantan keluar untuk makan angin dan shopping, bertambahlah sesak keadaan jalan.
Rancanglah percutian anda di Kelantan dengan baik.
Sumber : CutiKelantan.Com
Copyright © TERATAK SUFI HOMESTAY - HOMESTAY DI KOTA BHARU PASIR PUTEH KETEREH MELOR KELANTAN